Ahad, 29 April 2012

Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang


Tahniah buat kontigen PPKI SKTPR yang berjaya menyandang Naib Johan bagi kategori nasyid serta tempat ke 3 bagi kategori azan di MAJLIS SEMARAK ISLAM PENDIDIKAN KHAS DAERAH PASIR GUDANG pada 25hb April lalu di SMK KOTA MASAI

(lagi cerita dan gambar di pautan Pendidikan Khas)

Isnin, 23 April 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M SKTPR

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M telah berlangsung 
dengan jayanya di dewan terbuka SKTPR

SKTPR; Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012M telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah. Turut sama di dalam majlis tersebut adalah pihak AJK PIBG SKTPR tanda sokongan kepada program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Mohd Ariffudin Bin Hj Mohd Saifullizan diikuti alunan berzanji oleh adik Nur Afiqah Dayana Bt Mohairi. Tidak lupa selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W oleh semua guru lelaki diikuti persembahan nasyid dan ceramah oleh penceramag jemputan Ust. Mohd Rauf Bin Jusah. Majlis ambutan pada hari itu ditutup dengan sebuah pentomen yang bertajuk "Sakaratul Maut". Kepada pihak penganjur Tahniah dan syabas kerana menganjurkan program seumpama ini.
(Lagi gambar dipautan Galeri)

Kem Pengurusan Diri PPKI


D'Punggai Kota Tinggi 21 April 2012: Pendidikan Khas SKTPR telah menganjurkan KEM PENGURUSAN DIRI,  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI). Aktiviti ini dijalankan di Chalet D'Punggai, Kota Tinggi. Seramai 14 orang peserta yang merupakan murid pendidikan khas dan 13 orang guru terlibat di dalam perjhemahan tersebut.Pelbagai program yang menjurus kepada pembelajaran amali berteraskan 4 bidang asas kurikulum pendidikan khas ini telah ditutup denagn rasminya oleh GPK Pendidikan Khas, Tn Hj Mohd Saifullizan Hj Senin.
(Cerita dan gambar selanjutnya di pautan Pend Khas)

Khamis, 19 April 2012

Festival Kreativiti dan Inovasi 2012 UTM Johor

Festival Kreativiti dan Inovasi 2012 UTM Johor

UTM Mac 2012; Hari Inovasi dan Kreativiti 2012 bertempat di padang kawat UTM Johor Bahru, telah menerima 3 buah bas dari SKTPR. Hampir 120 orang murid dan guru menyertai lawatan ke festival tersebut diketuai ketua rombongan Pn Latifah Bt Bahari. Terdapat pelbagai gerai dan pameran, pertandingan rekacipta, JOM Masuk U, kereta solar dan humanoid robot turut diadakan. Tetamu jemputan khas Dr Faiz Bin Khaleed Angkawasan Negara dan produk animasi kebanggaan negara maskot Boboboi turut datang menyerikan majlis.  

Hasil Inovasi dan Kreativiti pempamer yang mengambil bahagian pada 
 Festival Kreativiti dan Inovasi 2012 UTM Johor

(Lagi gambar di pautan Galeri)


Selasa, 17 April 2012

Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI)

En. Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim GB SKTPR merasmikan program MBMMBI 
peringkat sekolah sambil diperhatikan oleh Pn. Noraini Kasmuri (KP BM) dan 
Pn. Noraziah Zainudin (KP BI).

SKPTR 16 April 2012; Program MBMMBI Peringkat sekolah SKTPR telah selamat dilancarkan semalam. Bertepatan dengan hasrat kerajaan yag mahu misi dan visi MBMMBI dihayati oleh semua peringkat warga pendidik, SKTPR mengambil inisiatif menganjurkan program yang sangat baik ini. Pelbagai program telah diatur oleh penganjur antaranya menulis esei, tulisan cantik, menulis ayat dan karangan berpandu oleh Panatia BM manakala Panatia BI adalah word search. Pidato, bercerita, kuiz dan action song turut diadakan. Kepada semua warga SKTPR...
JOM SERTAI! 
(Lagi gambar di pautan Galeri)

Jumaat, 13 April 2012

Bengkel Penandaan Matematik Kertas 2 Zon I Pasir Gudang

Penceramah Pn Nor'Azah Bt Muhamad sedang memberikan penerangan mengenai 
penandaan Matematik Kertas 2 pada Bengkel Penandaan Kertas 2 Matematik 
Zon I Pasir Putih.

SKTPR 29 Mac 2012; Satu bengkel penandaan Matematik Kertas 2 berlangsung dengan jayanya di SK Tanjng Puteri Resort. Bengkel yang dihadiri semua sekolah di dalam Zon I Pasir Gudang mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Semua peserta merasakan bengkel yang dianjurkan sangat memberi pengalaman, pengetahuan dan manfaat terutamanya guru-guru yang mengajar Tahun 6. Diharapkan bengkel seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Kepada Panitia Matematik SKTPR Syabas dan Tahniah!

Khamis, 12 April 2012

Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang 2012

 
Adik Zulkifli Saaban  Pelajar Pendidikan Khas SKTPR menerima hadiah 
Tempat ke 3 Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang Kategori L Junior

 
Adik Nurshahirah Ahmad Muslih Pelajar Pendidikan Khas SKTPR menerima hadiah 
Johan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang Kategori P Junior

Warga SKTPR megucapkan Syabas dan Tahniah kepada adik Nurshahirah Ahmad Muslih (P Junior) dan adik Zulkifli Saaban (L Junior) di atas kejayaan menjadi Johan dan mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan Bowling Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang yang berlangsung baru-baru ini. Adik Nurshahirah juga akan mewakili Pasir Gudang untuk ke Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Negeri Johor.
(Kredit untuk Guru Pendidikan Khas yang 'upload' gambar ke blogsktpr)

Pelancaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM)

Guru Besar secara simbolik menulis judul buku yang telah dibaca untuk 
ditulis ke atas buku NILAM gergasi sambil 
di perhatikan oleh GPK 1 SKTPR.

SKTPR Jan 2012; Pelancaran Nadi Ilmu Amalan Membaca NILAM sesi 2012 telah selamat dilancarkan oleh GB SKTPR En. Mohd Jaafar Bin Abd. Jaafar. GB yang telah membaca sebuah buku secara simboliknya telah menulis ke atas buku NILAM gergasi  menandakan pelancaran NILAM sesi 2012 telah bermula. Turut diadakan serentak dengan majlis pelancaran NILAM adalah anugerah NILAM yang diberikan kepada murid SKTPR yang berjaya mencapai standard pembacaan yang ditetapkan. Kepada semua pelajar SKTPR selamat membaca!
(Lagi gambar dipautan Galeri)