Rabu, 28 Mac 2012

Kempen Anti Dadah Peringkat Sekolah Bermula!

Kempen Anti Dadah SKTPR dilancarkan oleh GB SKTPR
 pada perhimpunan pagi Isnin yang lalu.

SKTPR 26 Mac 2012; Kempen anti dadah peringkat sekolah SKTPR telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTPR pada perhimpunan pagi Isnin yang lalu. Kempen kesedaran ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada murid SKTPR bahawa dadah memusnahkan kehidupan dan masa depan. Kempen bermula dengan ceramah dari pihak AADK dan pameran diikuti pertandingan mewarna Tahap I dan II dan diakhiri majlis penutup pada hari Khamis 29 Mac 2012. Bersama-sama kita menjauhi najis dadah.
DADAH MUSUH NEGARA!

Selasa, 27 Mac 2012

Fenomena Robot Melanda SKTPR

Seorang murid bersama robot ciptaan pergi ke sekolah bersama-sama 
ditemui sewaktu perhimpunan pagi Isnin yang lalu.

SKTPR 26 Jan 2012; 'Robot Masuk SKTPR?' Mungkin itulah yang bermain diminda sesiapa yang melihatnya. Murid tersebut yang membawa robot ciptaan pada perhimpunan pagi Isnin yang lalu berjaya menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Dipercayai akan ada lagi robot yang akan memasuki SKTPR selepas ini. Syabas dan Tahniah kerana menghasilkan ciptaan yang kreatif.
Terima Kasih Cikgu.

Isnin, 26 Mac 2012

Sumbangan 4 Monitor Terpakai dari Sime Darby Kempas Sdn. Bhd.

Wakil Sime Darby Kempas Sdn. Bhd.bergambar bersama 
GPK 1 SKTPR dan Juru Teknik SKTPR dalam upacara ringkas penyerahan
 sumbangan monitor terpakai kepada SKTPR

SKTPR 14 Mac 2012; Pihak sekolah menerima sumbangan 4 unit monitor terpakai dari pihak Sime Darby Kempas Sdn. Bhd. pada 14 Mac yang lalu. Pihak Sime Darby Kempas yang diwakili Pn Nur Balkis Bte Hairuddin sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil sekolah Pn. Zarinawati Bt Ismail GPK 1 SKTPR dalam satu upacara ringkas. Pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak luar untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. 
Kepada Sime Darby Kempas Sdn. Bhd. Terima Kasih diucapkan!.

Sime Darby Kempas Sdn. Bhd.


Jumaat, 23 Mac 2012

Watikah Perlantikan Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah

SKTPR Jan 2012; Satu majlis Watikah Perlantikan Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan di Dewan Terbuka SKTPR pada perhimpunan mingguan Januari yang lalu. Turut hadir dimajlis itu ialah Ketua Balai Polis Taman Pasir Putih. Kepada semua pengawas dan pusat sumber sekolah, selamat menjalankan tugas.

Skuash MSSJ Batu Pahat, Johor

Kontijen Pasukan Skuash Pasir Gudang Bergambar Sebelum 
Kejohanan Skuash MSSJ dimulakan

Batu Pahat 25 Feb 2012; Banang Golf & Country Club Batu Pahat Johor menjadi medan ujian buat pemain Skuash Johor yang mewakili daerah masing-masing. Kejohanan yang mempertandingkan adalah kategori umur bawah 18,15 dan 12 lelaki dan perempuan berlangsung di dua vanue iaitu di Banang Golf Resort dan Institut Perguruan Batu Pahat. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu menyaksikan seorang wakil dari Daerah Pasir Gudang bawah 18 berjaya mara ke separuh akhir. Buat SKTPR 3 orang wakil sekolah hanya berjaya mara ke pusingan kedua. Buat Kontijen Skuash Pasir Gudang, Tahniah dan syabas!. 
Majulah sukan untuk negara.
(Lagi gambar dipautan galeri)

Khamis, 22 Mac 2012

Perhimpunan Kokurikulum 2012

Basikal Oh Basikal

SKTPR 23 Jan 2012; 'Basikal Oh Basikal' itulah tema yang digunakan sewaktu perhimpunan Koko yang pertama bagi tahun 2012. Pada minggu tersebut Unit beruniform yang terlibat adalah Unit Beruniform Pengakap dengan mengambil tema skesta sebagai mencari kelainan dalam perhimpunan Koko sebelum ini. Turut diselitkan ialah 'Tepuk Pengakap' yang menggunakan pelbagai instrumen yang terdapat disekolah. Kepada semua Unit Pengakap, Tahniah dan syabas!.
(Lagi gambar di pautan galeri)

Solat Hajat Perdana SKTPR

Sebahagian dari warga sekolah guru dan murid menyertai 
solat hajat perdana SKTPR bagi tahun 2012

SKTPR 6 Jan 2012: Warga SKTPR guru dan murid menyertai program solat hajat perdana SKTPR bagi tahun 2012 yang diadakan didataran kejat SKTPR. Program yang bertujuan membentuk sahsiah diri pelajar berharap agar dapat diteruskan pada masa akan datang. Turut sama menyertai program tersebut adalah AJK PIBG SKTPR. Semoga apa jua yang dirancang oleh pihak sekolah akan berhasil dan mendatangkan kejayaan yang gemilang.
(Lagi gambar dipautan galeri)

Hari Orientasi Tahun 1 2012

Tekun.. Salah seorang murid yang sedang mengikuti ujian Literasi 
dan Numerasi Tahun 1 sesi 2012

SKTPR, 29 Dis 2011: Minggu orientasi Tahun 1 sesi 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Disember 2011 yang lalu. Majlis yang dihadiri oleh hampir kesemua Ibubapa dan penjaga murid yang bersekolah pada sesi 2012 telah diberi taklimat dan penerangan oleh pihak sekolah termasuk Guru Besar SKTPR dan AJK Minggu Orientasi Tahun 1. Taklimat menyentuh mengenai KSSR yang baru bagi tahun 1, aspek displin diri dan peraturan sekolah, pinjaman buku teks dan sebagainya telah diberi bagi memberi gambaran awal persekolahan yang bakal ditempuh oleh anak mereka. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menempuh Alam Persekolahn bagi murid Tahun 1. 
 'Bersama Menjulang SKTPR'.
(Lagi gambar di 'link' galeri)




Khamis, 15 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang SKTPR

 
Sekitar Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7 dan Majlis Anugerah Cemerlang 
yang berlangsung Di Dewan Terbuka SK Tanjung Puteri Resort.

SKTPR 25 Feb 2012; Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
7 dan Majlis Anugerah Cemerlang SKTPR telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka SKTPR pada 25 Februari yang lalu. Mesyuarat PIBG kali ke 7 ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Teng Boon Soon, Ahli Parlimen Tebrau seterusnya merasmikan majlis pada hari tersebut. Pada tahun ini juga menyaksikan AJK PIBG yang baru telah dilantik. Tahniah atas perlantikan AJK PIBG yang baru. Pelbagai aktiviti dan kretiviti pelajar dapat dilihat pada hari tersebut antaranya tarian zapin dan juga pentomen. Kepada semua pemenang anugerah cemerlang Tahniah diucapkan. Kepada murid lain lipat gandakan usaha untuk mencapai kejayaan.Semoga SKTPR terus cemerlang pada masa akan datang. 
"Bersama Menjulang SKTPR"

(Lagi gambar dipautan galeri)