Selasa, 14 Mei 2013

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)

Murid  Tahun 5 sedang menjalani Ujian SEGAK di SKTPR

21 Mac, SKTPR - Ujian Standard Kecergasan Fizikal Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), dilakukan untuk mengukur thap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Ianya dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada Bulan Mac dan Ogos bagi murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5. Ujian ini merangkumi 5 stesen iaitu pengiraan Indeks Jisim Badan, Naik Turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan melunjur.

Selamat hari Guru 2013

Selamat Hari Guru 2013
TEMA HARI GURU 2013; GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN TEMA HARI GURU 2013

 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

HURAIAN 1ASPIRASI:

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.


1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.


Buat Semua Guru SKTPR admin mengucapkan Selamat Hari Guru!