Isnin, 11 Mac 2013

Kem Bestari Solat 2013 (KBS'13) Vol. 1


Murid SKTPR beriadah sambil belajar dalam program 
Kem Bestari SOlat (KBS) baru-baru ini.

SKTPR 2 Mac - Bertempat di dataran kejat dan di dewan terbuka, satu program telah berlangsung dengan jayanya. Kem Bestari Solat 2013 (KBS '13) Vol. 1 elah berjalan dengan lancar. Buat julung kalinya kem ini mendedahkan Ilmu mengenai bersolat melalui pendedakatan "Riadah dan Belajar". Sambil bersukan, murid dapat juga ilmu mengenagi solat dan berwuduk. Di harapkan program ini terus mendapat sokongan dan diteruskan pada masa akan datang. Tahniah kepada semua guru SKTPR yang menjayakan program tersebut.

Pelancaran MInggu Antidadah 2013 SK Tnjung Puteri Resort

"1Malaysia Membanteras Dadah" Tema Minggu Antidadah SKTPR 
pada tahun ini;

SKTPR 11 Mac; Minggu Antidadah SKTPR bermula dar 11 Mac sehingga 15 Mac ini. Pelbagai program menarik disediakan antaranya ceramah kempen antidadah, pameran dan kuiz, pertandingan mewarna dan melukis poster  bagi Tahap 1 dan 2. Program yang dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bahaya najis dadah dan kesanya kepada manusia ini dirasmikan oleh GPK Kurikulum Pn. Zarinawati Bte Ismail pagi tadi.

Isnin, 4 Mac 2013

Majlis Pelancaran Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) Peringkat Sekolah SK Tanjung Puteri Resort.

Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 
SK Tanjung Puteri Resort

SKTPR 4 Mac - Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah SK Tanjung Puteri Resort telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTPR, En. Mohd Jaafar Bin ABdul Rahim pagi tadi. Bertemakan "Murid Membaca Murid Berjaya ", program ini dijangka mendapat sambutan hebat dari murid SKTPR kerana menawarkan hadiah yang lumayan iaitu sebuah basikal menanti pemenang NILAM. Turut berlangsung tadi adalah pemenang bagi setiap kategori peminjam terbanyak mengikut tahun. Dengan adanya program ini diharapkan budaya membaca memjadi satu budaya di SKTPR. Tahniah kepada Pusat Sumber SKTPR.

Khamis, 10 Januari 2013

Solat Hajat Perdana 2013 Vol. 1

Murid sedang mendengar adab dan tertib untuk mengerjakan solat hajat sempena 
Program Solat Hajat Perdana di Dataran Kejat SK Tanjung Puteri Resort.

5 Jan 2013; Program Solat Hajat Perdana merupakan program tahunan yang diadakan oleh Panatia Agama Islam. Program yang turut disertai Ajk PIBG ini di mulakan pada jam 7:30 pagi dipimpin oleh Ustaz Khairuddin. Semoga segala usaha dan doa kami diperkenankan. Amin..

Sesi Persekolahan 2013 Bermula.

Ucapan Selamat Datang; Guru Besar SK Tanjung Puteri Resort En. Mohd Jafaar Bin Abdul Rahim
 menyampaikan amanat 2013 kepada semua murid sempena 
pembukaan sekolah sesi 2013.

2 Jan 2013; "Selamat Datang kepada semua murid SK Tanjung Puteri Resort untuk sesi persekolahan 2013". Itulah antara kata-kata Guru Besar En. Mohd Jaafar Bin Abdul Rahim kepada semua murid SK Tanjung Puteri Resort pada perhimpunan pagi hari pertama persekolahan. Hujan pada pagi tersebut tidak menghalang murid untuk hadir ke sekolah. Semua yang hadir tampak bersemangat memulakan sesi persekolah yang baru. Buat murid Tahun 1 dan Pra Sekolah, dan semua murid Selamat Datang ke SK Tanjung Puteri Resort!

"Bersama Menjulang SKTPR"

Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012M




Dari Meja Admin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri 1433H/2012M kepada semua warga SKTPR. Ampun dan Maaf dipinta pada tingkahlaku yang salah dan keterlanjuran kata. Dalam waktu kita bergembira jangan kita LUPA pada yang tiada. Berhati-hati di jalan raya dan selamat memandu. 
Kita naik ke sekolah 27 Ogos 2012 yek!


Rabu, 8 Ogos 2012

Salam Ramadhan 2012/1433H

Salam Ramadhan Buat Semua Warga Kerja SK Tanjung Puteri Resort

Dari Meja Admin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2012/1433H kepada semua Warga Kerja SKTPR dan murid SKTPR. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa 1001 makna yang baik ke dalam diri kita.