Jumaat, 25 Mei 2012

Selamat Bercuti Sekolah Kepada Semua Warga SKTPR

Cuti sekolah kembali lagi. Tentu banyak aktiviti telah pun dirancang bersama
 keluarga atau pun rakan.

Cuti sekolah kembali lagi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ataupun rakan. Yang penting masa terluang selama dua minggu ini dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menambah luaskan pengetahuan, kemahiran, komunikasi dan silaturrahim sesama sendiri dan untuk diri sendiri. Kepada murid SKTPR, jadilah murid yang bijak dengan memanfaatkan masa untuk menjadi murid yang lebih cemerlang. Kerja sekolah jangan dilupakan. Kepada murid Tahun  6 yang akan menempuh saat sukar Peperiksaan UPSR, jadikan cuti sekolah ini untuk memenuhi keperluan anda sebagai murid dengan menambah kekurangan ilmu dan tips dari guru Tahun 6 anda yang turut sama tidak bercuti panjang disebabkan hendak memberi ilmu semasa cuti sekolah ini. Kepada guru yang bertugas semasa cuti sekolah, ikhlaskan hati, besarkan jiwa dan didiklah anak murid kita sebaik mungkin untuk menjadi warga yang memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Buat semua....
SELAMAT BERCUTI SEKOLAH!

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat Hari Guru 2012 Buat Guru SK Tanjung Puteri Resort.

Hasil kreativiti Guru SKTPR Ustaz Mohd Rauf Bin Mat Jusah menghasilkan banner yang cantik dan menarik. 
Illustrasi tersebut turut sama digunakan dalam buku program sempenan Hari Guru 2012.

Tema Hari Guru 2012 
" Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara ". 

Dipetik dari kata-kata Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak  
mengenai Hari Guru buat semua guru di Malaysia

“Di zaman sekolah dahulu, Hari Guru adalah hari yang amat saya nantikan. Pengorbanan guru-guru kepada saya amat saya sanjungi. Saya pasti anda juga mempunyai perasaan yang sama.Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang sentiasa ikhlas mencurah ilmu dan bakti tanpa penat lelah. Harapan saya semoga anda meneruskan perjuangan kita untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita. Semoga mereka bakal memimpin Negara kelak untuk kegemilangan semua. Saya doakan agar anak-anak kita penuh dengan ilmu di dada, kaya dengan agama, adat dan budaya."

Selamat Hari Guru! Terima kasih atas perjuangan yang tidak ternilai.
 
Lagu tema Hari Guru 2012
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof(IPGM Kampus Ilmu Khas)
 
 Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

 Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
  
Buat semua Guru di Malaysia Selamat HARI GURU Cikgu! 

Karnival Bahasa Inggeris Zon I Pasir Putih

 Antara para pemenang English Competition Zon I Pasir Putih

  Antara para pemenang English Competition Zon I Pasir Putih

 Antara para pemenang English Competition Zon I Pasir Putih

SKTPR April 2012; SKTPR telah menyertai satu pertandingan English Competition Zon I Pasir Putih melibatkan beberapa acara iaitu spellling, action song  dan story telling. Murid SKTPR telah membawa sekolah ke satu aras yang membanggakan apabila mendapat Johan story telling iaitu adik Nadirah Bt Ahmad Norzeen manakala action song mendapat tempat kedua. Sehingga berita ini ditulis, adik Nadhirah telah pun berjaya mewakili Daerah Pasir Gudang bagi acara story telling yang akan di adakan di Daerah Muar. Kepada semua guru Bahasa Inggeris dan murid yang terlibat, syabas dan tahniah!

Ilmu....Pelita Hidup.

 Murid Cemerlang UPPM 1 Nadhirah Bt Ahmad Norzeen.

 Murid Cemerlang UPPM 1 Nur Ikmal Akmal.

"Adalah menjadi kebanggan keluarga, guru dan sekolah sekiranya ilmu yang telah dicurahkan oleh guru dijadikan pelita dalam hidup anak muridnya. Semoga kecemerlangan selalu mengiringi kita. Selamat maju jaya diucapkan."

Latihan Kebakaran 2012

"Berbaris... Kita mesti cepat berkumpul di padang." Murid SKTPR sedang menjlani latihan 
kebakaran yang diadakan baru-baru ini.

SKTPR 11 Mei 2012; Satu latihan kebakaran telah diadakan pada 11 Mei baru-baru ini. Tepat 9.05 pagi satu loceng panjang telah di dibunyikan menandakan latihan kebakaran telah bermula. Pelbagai ragam telah dapat dirakamkan namun guru-guru SKTPR telah bertindak cemerlang dengan berjaya mengawal murid dari panik dan berlari-lari. Latihan yang diketuai oleh En. Rahman Bin Ambak pada dasarnya telah berjaya namun beberapa penambahbaikkan amat diperlukan bagi memastikan jika berlaku kecemasan, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kepada semua AJK Latihan Kebakaran syabas dan tahniah kerana berjaya mengadakan latihan yang disifatkan berjaya ini.

Jumaat, 4 Mei 2012

Larian Rentas Desa SKTPR

Sedia.... Mula....! Murid SKTPR memulakan Larian Rentas Desa SKTPR
 
SKTPR Jan 2012; SKTPR telah mengadakan program larian rentas desa. Dengan menyahut seruan kerajaan 1Murid 1Sukan, menggalakkan murid SKTPR dalam aktiviti kecergasan disamping menerapkan nilai-nilai murni dan juga pengetahuan mengenai larian rentas desa ini. Semoga aktiviti kecergasaan diri seperti ini diteruskan pada masa akan datang.
 
"Majulah Sukan Untuk Negara"
"Badan Sihat Otak Cergas"

(Lagi gambar pada pautan galeri)